Itulah
derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri
Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di negara berkenaan bersama
dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi
sejak tiga tahun lepas.
Ayah
Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi
kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.
Dia
yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal
untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang
tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak
mencukupi kepadanya dan anak-anak.
Lebih
menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi
yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan
memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.
Kira-Kira
setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari
Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun,
menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah
berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.
Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.
Ayu
dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya
mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir
di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.
Kini,
Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan
hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila
disuruh oleh ibu mertuanya.
Marimon
hadir bertemu dengan wartawan memaklumkan beliau telah menghubungi
Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun
menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.
“Menurut
pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang
kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan
sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.
“Pegawai
itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan
jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,”
katanya.
Marimon
dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak
mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke
Malaysia.
“Saya
kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila
dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,”
katanya.
Kes
ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1
Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez
Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.
Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.
Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :