Kenapa dan apa sebab wanita perlu tidur lebih lama dan lebih banyak daripada kaum lelaki? Adakah anda tahu, mengikut satu kajian oleh pakar dari USA mendedahkan bahawa kalau wanita memerlukan masa yang lebih banyak daripada kaum lelaki untuk memulihkan semula otaknya yang bekerja keras di siang hari.
Perempuan
yang tidak mendapat tidur yang cukup cenderung untuk mengalami
kemurungan dan sering marah-marah. Keadaan ini bagaimanapun tidak
menjejaskan kaum lelaki. Menurut kajian itu juga turut mendedahkan
bahawa faktor kurang tidur akan meningkatkan risiko sakit jantung, sakit
mental, strok dan radang dalam tubuh badan.
Perempuan
yang kurang tidur cenderung untuk mendapat radang yang teruk sehingga
menyebabkan badan terasa sakit ketika bangun dan seterusnya memjejaskan
kesihatan dan fokus. Mengikut pandangan Dr. Michael Breus, kaum wanita
bagaimanapun boleh mengelak masalah ini dengan power nap iaitu tidur
sekejap pada waktu siang (tidak melebihi 90 minit).
Semasa
tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk
berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada
deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan
pada waktu siang hari, maka lebih banyak ia perlukan masa untuk pulih
dan lebih banyak tidur di perlukan.
Oleh sebab itu, anda kenalah faham sebab wanita perlu tidur lebih lama dan banyak daripada kaum lelaki. Jangan pula anda terus menganggap mereka sebagai pemalas.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :