Ini adalah kisah cinta ditolak sebab miskin, berkenaan seorang lelaki miskin yang jatuh cinta kepada seorang gadis kaya yang diminatinya, namun cintanya telah ditolak mentah-mentah oleh si gadis tersebut dengan alasan kemiskinannya.
Setiap
gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman hidup mereka. Ada
yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang mengharapkan
lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati dan
juga seikhlas hati mereka.
Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan cintanya kepada
si gadis tersebut. Walaubagaimanapun, seperti yang diduga standard yang
diletakkan gadis ini jauh berbeza dah lebih tinggi dari gadis-gadis
yang lain. Apabila lelaki tersebut meluahkan perasaannya…
Si
Gadis menjawab ; “Bagaimana awak boleh terfikir akan semua ni? Saya tak
mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saja saya dan carilah gadis lain
yag sama level dengan awak dan sanggup hidup dengan awak”
Cintanya
ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup untuk hidup dengan
lelaki yang tidak setarafnya dan tidak mampu menampung gaya hidup
sebagaimana yang telah disediakan oleh ibu bapanya sejak kecil lagi.
Walaupun
sudah mencuba untuk melupakan si gadis tersebut, Atas rasa cintanya
yang sangat mendalam kepada si gadis, lelaki miskin tersebut tetap tak
dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini. Ditakdirkan 10 tahun
kemudian mereka terserempak di sebuah shopping mall yang popular di KL. Si gadis tersebut dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri di depannya dan berkata;
“Awak
apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang lelaki yang bijak
dan gaji dia RM20,000 sebulan. Awak boleh ke dapat gaji sebanyak tu?”
Si
lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya dari menitis
apabila mendengar ucapan berbisa bagaikan sembilu dari wanita yang
pernah bertakhta di hatinya selama ini. Tiada sepatah kata yang keluar
dari mulutnya.
Beberapa
ketika kemudian, muncul si suami kepada wanita ini. Tetapi sebelum si
wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini terlebih
dahulu dengan nada girang;
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan sudah berkenalan dengan isteri saya”
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan sudah berkenalan dengan isteri saya”
Si lelaki itu membalas sambil tersenyum “ Selamat petang kembali Tuan….?
“Saya Adam tuan!” Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;
“Sayang, kenalkan ni lah boss abang sekarang ini. Dialah pemilik projek bernilai RM150 juta yang abang handle itu”
“Saya Adam tuan!” Si suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;
“Sayang, kenalkan ni lah boss abang sekarang ini. Dialah pemilik projek bernilai RM150 juta yang abang handle itu”
Si wanita tergaman dan terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya telah perkatakan.
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Adam, saya ada urusan penting yang perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu ye”
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan Adam, saya ada urusan penting yang perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu ye”
Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si lelaki yang berjalan berlalu pergi. Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Benar itu boss abang?”
“Ya
sayang. Dia itu seorang yang sangat merendah diri, peramah dan baik
hati tapi hidupnya agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia
pernah jatuh cinta pada seorang gadis tapi cintanya ditolak
mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang miskin.”
“Disebabkan
hal itu, dia bekerja keras dan oleh kerana dia juga seorang yang bijak
dan rajin, kini dia menjadi seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia
bernilai ratusan ribu ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak
dapat lupakan gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sebab itu
sampai sekarang dia masih tak kahwin”
Si
suami kemudian menyambung lagi; “Alangkah Beruntungnya perempuan tu
jika dia terima lelaki ni dulu.”Terkejut mendengar ucapan suaminya, si
wanita hanya mampu mendiamkan diri.
Semoga kisah cinta ditolak sebab miskin,
lelaki dan gadis ini menjadi pengajaran yang berguna buat kita semua.
Jangan pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana
kemiskinannya pada ketika ini kerana apabila seseorang itu miskin, tidak
bermakna selamanya dia akan miskin. Lelaki/wanita miskin juga berhak
untuk jatuh cinta kepada sesiapa sahaja dan jika cinta ditolak,
janganlah kita menghina mereka.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :