Sensasi

(Video) Mangsa Maafkan, Tetapi Hotel Syeun Tetap Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang


IPOH - Pengarah Hotel Syeun, Maggie Ong dilaporkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang bertindak biadab membaling tuang ke muka kakitangan hotelnya, dalam kejadian Khamis lalu, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Setiausaha Pengurusan Hotel Syeun, Cindy, 50, yang sedang membantu kerja di kaunter pendaftaran, terkejut apabila wanita berkenaan datang dan membaling dua tuala di mukanya.


Posted by Dino Daniel LJ on Friday, 9 December 2016

"Wanita terbabit datang ke kaunter dan membaling dua tuala basah ke muka saya. Perbuatannya itu membuatkan saya terkejut. Saya syak mungkin dia tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan tuala tambahan tidak dilayan," katanya. 

Tindakan wanita itu juga dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan viral di media sosial sejak 8 Disember lalu, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Menurut Cindy yang telah lama bekerja dengan Hotel Syeun, pihak hotel tidak dapat memenuhi permintaan wanita itu kerana keluarga berkenaan dijadualkan mendaftar keluar. Malah, hotel sudah beberapa kali memberi keluarga wanita itu tuala dan bantal tambahan selepas mendaftar masuk pada hari sebelumnya. 

Walau bagaimanapun, Cindy secara peribadinya memaafkan perbuatan wanita berkenaan. 

"Walaupun terkejut dengan perbuatannya, tetapi saya secara peribadi memaafkan dia kerana saya percaya perbuatannya itu akan ada balasannya," katanya. 

Berang permintaan tidak dilayan, wanita berkenaan turut meletakkan tuala di mangkuk tandas sebelum mendaftar keluar | Foto - Alisya Othman
Pengarahnya, Maggie Ong menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tetamunya itu. 

"Pihak kami boleh menerima jika tetamu tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan hotel kerana memang tidak mampu memuaskan semua kehendak. Namun, apa yang dilakukan terhadap kakitangan kami adalah suatu perbuatan yang melampau," katanya. 

Susulan kejadian itu, Maggie Ong akan menyenarai hitamkan nama tetamu berkenaan di hotel mereka selain menyalurkan maklumat mengenai insiden itu kepada Persatuan Hotel Malaysia Perak untuk proses mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan," katanya yang juga pengerusi persatuan berkenaan. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.