Dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari tadi di hadapan Stesen Petronas Bangi Seksyen 15, mangsa yang menaiki kereta Mercedes berwarna hitam dikatakan membawa wang tunai RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.
Lapor sumber, mangsa telah diekori oleh dua buah kereta Toyota Hilux dan Proton Gen 2 dari UNIKEB sebelum menghimpit kereta mangsa dan terbabas di bulatan tersebut.
Oleh kerana perancangan suspek gagal, kesemua suspek melarikan diri. Salah seorang suspek yang menaiki kereta Proton Gen 2 bertindak memandu melawan arus sebelum melanggar seorang penunggang motosikal sebelum melanggar benteng jalan.
Panik dengan keadaan itu, suspek terus keluar melarikan diri tanpa menyedari telefon bimbitnya tertinggal dalam kereta tersebut.

Menurut sumber lagi, kereta Toyota Hilux yang digunakan untuk rompakan itu adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Bangi Seksyen 8 seminggu yang lalu sebelum pemiliknya dihubungi untuk datang ke tempat kejadian.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :