Tahukah anda penyakit Tuberculosis/TB/Tibi yang sering anda dengar itu mendatangkan penyakit bukan kerana kuman itu sendiri nakal, jahat atau gangster. Sebenarnya semua perkara yang berlaku dan dapat dilihat sebagai penyakit akibat jangkitan TB sebenarnya adalah reaksi/tindakbalas sistem imun anda sendiri?
Penyakit TB ini disebabkan oleh sejenis kuman yang dinamakan Mycobacterium Tuberculosis. Ianya sepupu sepapat kepada kuman bakteria tapi tak serupa. Bezanya mycobakteria ini pula adalah mereka tidak mempunyai dinding sel yang sempurna. Sebab itu kuman seperti ini merupakan masalah besar untuk badan anda belasah hingga arwah.
Gambar paru-paru penghidap TB. Ia menunjukkan kawasan kuning yang dijangkiti kuman TB. Kawasan kuning itu dipenuhi sel -sel imun yang telah mati
Kerana dinding sel kuman tersebut yang tidak sempurna itu jugaklah sistem imun anda tidak dapat membunuh kuman tersebut dengan sempurna. Sebaliknya apa yang berlaku ketika wujudnya bacili kuman TB dalam badan, sistem imun anda akan menghasilkan satu reaksi yang dipanggil sebagai granulomatous reaction untuk mengekang kuman tersebut.
Kawasan tengah yang dipenuhi dengan sel mati bersama-sama dengan kuman Mycobacterium TB
Reaksi ini boleh anda bayangkan dimana sel-sel imun anda berkumpul dan tawaf disekeliling bacili kuman TB tersebut. Namun begitu dalam proses ini juga sel-sel imun tersebut boleh memusnahkan sel2 organ lain yang berada disekeliling kuman itu. Ianya akan menyebabkan proses caseous necrosis(dimana sel mati dan kelihatan seperti keju). Walaupun nampak sedap ianya sebenarnya sel-sel mati ye.
Ini sebabnya apabila pesakit disuspek dijangkiti TB, perlu disertakan sekali dengan CXR(X-ray bahagian dada utk lihat paru2 dan jantung) dimana bahagian-bahagian yang mengalami sel-sel mati tersebut akan kelihatan seperti tompok-tompok hitam berlubang, terutamanya sekali dibahagian apex(atas sekali) paru-paru kerana kuman TB ini juga merupakan kuman aerobic(perlukan oxygen) untuk hidup dan membiak.
Walaupun kuman ini sudah diketahui punca dan wataknya, ianya amatlah sukar untuk dimusnahkan dan disingkirkan oleh badan anda sendiri. Ianya juga hanya dapat diasingkan ke bahagian limfa anda sekiranya ianya mampu mengekalkan jangkitan itu kepada tahap latent(tidak aktif) sahaja(sila rujuk posting lepas).
Pendek kata, sekiranya anda terdedah kepada kuman TB ini, anda memang amatlah mudah sekali untuk dijangkiti. Sekiranya ianya terus menjadi aktif, rawatan yang diperlukan juga mengambil masa yang panjang dengan pelbagai ubat. Yang mempunyai kesan sampingan(side effect).
Tapi kalau kuman TB ini tidak nakal, jahat dan gangster kenapa kita nak risau pulok? Sebab ianya sejenis kuman yang degil ya rabbi. Untuk bahagian seterusnya kita discuss JENIS penyakit TB ini pulak. Satu je jenis kuman tapi dia punya clinical presentation(apa yang dapat kita lihat sebagai penyakit) punya la banyak. Bukan sekadar batuk2 dan masalah paru2 sahaja. Yang menyebabkan pelbagai masalah. Merbahaya untuk orang dewasa dan membawa maut untuk KANAK KANAK.
Jzkk.
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :