Sensasi

Buat Kerja Bangang, Terimalah Padahnya


JOHOR BAHRU - Padah melakukan perbuatan keji di tempat awam, seorang lelaki cedera teruk dibelasah orang awam, sebelum diserahkan kepada polis. 

Dalam kejadian malam tadi di pusat beli belah KSL City, suspek dipercayai telah merakam gambar bawah skirt seorang wanita sebelum dibelasah beberapa orang awam dan diikat kaki dan tangannya bagi mengelakkan suspek melarikan diri.

Menurut sumber, dalam telefon bimbit milik suspek juga mempunyai banyak gambar-gambar mangsa yang dirakam secara curi. 


Tiga buah kereta polis peronda tiba di lokasi kejadian bagi mengawal keadaan dan suspek dibalai ke balai untuk siasatan lanjut. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.