Nama Penuh : Mohd Ariff sebagai Buntat
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah
TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU
- EPISOD : 28 Episod semuanya
- TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016
- SIARAN : M enerusi Slot Akasia TV3
- NOVELIS : Siti Rosmizah
- PENGARAH : Jamal Khan
- TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
- PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min
WATAK -WATAK PELAKON
- Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
- Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
- Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil
LAGU TEMA OST DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Tajuk OST : Lelaki Teragung
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU
Drama ini mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam-diam
mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama
telah menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun begitu sifat
angkuh dan sombong gadis ini telah menyebabkan Khuzairi tidak pernah
walau sebesar hamapun jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia
Adriana pula bagaikan lupa, hidup ini adalah ibarat putaran roda, satu
waktu keangkuhan dan kesombonganya itu akan memamah dirinya sendiri.
Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta seoorang lelaki
bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
Mia Adriana adalah merupakan seorang peguam dan mempunyai firma
guamannya sendiri bersama ayahnya iaitu Dato Megat Idrus. Mia yang telah
pun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun
begitu oleh kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana
telah menyebabkan ayahnya muflis.
Khalil yang tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil
telah menikahi Rita kerana inginkan duit. Dato Megat yang diserang sakit
jantung, telah meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup
malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun dia hanya
mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.
Bermulah kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung.
Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang telah menjadi kebencian
Mak Leha, iaitu mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia amat
memusuhi Puan Hayati. Terjadilah pelbagai pergaduhan diantara Mia, Mak
Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang dimana menaruh hati pada
Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu ada pasang surutnya.
Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu amat menghormati Mak Leha
sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.
Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana telah tersedar bahawa sememangnya
dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang
telah ditinggalkannya tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7
hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah lama membeku?
Apakah Pak Samad mampu untuk membela nasib Mia selepas dibuang oleh
suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk
menjadi isteri kepada Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas
dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk
meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain
menjadi pengembala kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis
kampung?.. mari sama-sama kita saksikan..
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :