Kesihatan

Bahaya Mee Segera dan Kesan Kepada Badan Kita

Anda suka makan mee segera atau selalu makan mee segera tak? Tahukah anda akan bahaya mee segera kepada badan dan kesannya kepada kesihatan kita? Mee segera memang menjadi antara makanan yang paling ramai dimakan oleh orang disebabkan senang untuk dimasak dan harganya yang murah. Mee segera ini boleh dikatakan menjadi makanan wajib oleh majoriti besar pelajar di sekolah terutama mereka yang tinggal di asrama sekolah dan juga termasuk pelajar IPT yang selalu berhadapaan dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi.

Apa keburukan atau bahaya mee segera kepada badan kita? Mee segera seperti mee maggi merupakan makanan yang memberi kesan buruk kepada badan kita. Mee segera mempunyai pelbagai kandungan dan bahan-bahan yang tidak bagus dan boleh merbahayakan kesihatan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
keburukan dan Bahaya Mee Segera dan Kesan Kepada Badan Kita apabila makan mee segera
Mi segera mempunyai kandungan MSG tinggi, garam tinggi dan lemak yang boleh memudaratkan kesihatan. Tidak cukup daripada itu, mee segera juga mempunyai ramuan bahan penambah yang memberikan kesan buruk kepada badan kita. Antara kandungan bahaya Mee Segera yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada tubuh badan kita:
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Asid ini adalah lebih  beracun jika dibandingkan dengan  alkohol 100% tulen.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Pengambilan bahan ini secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh kita berisiko mengalami kerosakan buah pinggang.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Bahan ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pembiakan, pengeluaran sperma dan kesihatan janin.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (selalu digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; serta digunakan dalam pembuatan kertas , penapisan petroleum, aplikasi lombong dan proses rawatan air.
BHT: Bahna yang memberi risiko karsinogen dan bahaya kepada ginjal kita.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Merupakan produk berasaskan petroleumiaitu satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam contact lens, syampu (untuk menghasilkan rambut kelihatan berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
keburukan dan Bahaya Mee Segera dan Kesan Kepada Badan Kita
Selain daripada bahan yang digunakan, bahaya mee segera juga ialah mempunyai wax yang memerlukan minimum 3 hari untuk dicerna sepenuhnya. Pengambilan bahan MSG yang tinggi boleh menyebabkan kita terdedah kepada penyakit seperti sakit dada (terasa panas), obesiti, sakit saraf, kerosakan buah pinggang dan juga mungkin menyebabkan kanser.

Sumber: kakipromo




SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.