Johan Dikecam Hadiri Pengebumian Keluarga? Hati siapa tidak tersentuh
apabila melihatkan insan tersayang pergi namun lagi teruk melihat komen
komen warga laman sosial yang berlagak Tuhan menjatuhkan hukum kepada
Johan (Raja Lawak) kerana menghadiri pengebumian neneknya baru-baru ini.
kesian johan
Niat hendak berkongsi bertukar menjadi sedih. Berkongsikan perkara
tersebut di Instagram, Johan menyatakan bahawa dia sempat memberikan
penghormatan terakhir buat neneknya yang sudah meninggal dunia baru baru
ini. Namun perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat reaksi berbaur
daripada warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan tindakan Johan memberi penghormatan tersebut adalah
tidak selari dengan ajaran Islam malah ada juga yang menyatakan pakaian
Johan dan isteri menyerupai ahli keluarga yang lain adalah tidak
dibenarkan.
Untuk pengetahuan semua, Johan sememangnya berasal dari keluarga
berbangsa Cina malah perkara tersebut pernah diceritakan melalui sebuah
iklan sempena hari raya. Sementara itu, dalam muat naik gambar lain di
Instagram, Johan meluahkan rasa yang terbuku di hati ibunya.
“Mak buat muka happy walaupon hanya kami je yg tau perasaan dia.. mak ckp terima kasih pada semua yg ucap takziah.. x lupa jugak pada yg kecam.. mak ckp "bgtau dorg, walaupon mak penah makan babi.. mak x bodoh.. dan mak jugak x pandai.. n until now mak still belajar agama.. smp mak ckp " islam bkn agama yg menghukum tp islam itu ada hukumnya" utk pengetahuan korg.. family cina kami ramai yg ada ig.. n mereka baca semua komen.. sampai ada yg sedih.. pls la jgn buat malu.. kami walaupon berlainan agama hubungan kami sgt rapat.. smp balik raya cina babi pon xde atas meja sb respect kami..so kita yg satu agama ni jgn asik nak bertelagah dan mencari kesalahan org lain...Fikir yg baik2 #bilahatisudahhitam #xmakanbabitapiperangaimcm”
“Dan mak jugak tak pandai. And until now mak still belajar agama. Sampai
mak cakap, Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada
hukumnya,” kongsinya di Instagram. Semoga Johan dan keluarga tabah
menghadapi dugaan tuhan tuhan di laman sosial ini.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :