Foto - mStar Online |
Elly berkata, keputusan untuk tidak terus berada dalam pertandingan vokal itu dibuat selepas tersinggung dengan komen juri tetap, Datuk Ramli MS.
"Secara jujurnya saya tersinggung dan kecil hati dengan komennya yang menganggap saya hanya mendapatkan simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program ini.
"Sebelum ini saya terima orang luar bercakap tentang itu ini, tetapi bila Ramli MS sendiri yang bercakap seperti mengiyakan apa yang orang kata sebelum ini. Saya sedih sangat," katanya kepada mStar Online.
"Jika layak atau tidak ke minggu depan, saya tetap ingin keluar dan tidak mahu terus berada dalam pertandingan ini lagi. Saya sedih bila perkara itu berlaku ketika bapa saya datang minggu ini semata-mata ingin menyaksikan persembahan saya," katanya.
Walaupun begitu, Elly menyatakan bahawa dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah dan dendam terhadap Ramli MS. Malah dia akur dengan keputusan itu.
Video Datuk Seri Vida cuba memujuk Elly viral di media sosial, malah meminta Ramli MS memohon maaf terhadap Elly.
"Saya tak perlu Ramli MS meminta maaf dan saya tahu dia cuma jalankan tugas sebagai juri. Cuma pesan saya, jagalah hati orang," kata Elly dalam video tersebut. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :