Amaran yang dikeluarkan oleh pihak polis di bandar itu melalui laman Weibo rasmi mereka berkata, mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan lampu tinggi ketika memandu akan didenda merenung lampu kenderaan polis yang terang benderang selama satu minit.
Menurut pihak berkuasa berkenaan, denda itu pasti akan memberikan pengajaran yang tidak dapat dilupakan oleh pesalahnya.
Selain itu, pemandu berkenaan juga akan dikompaun sebanyak 300 yuan (RM185) dan diarahkan membaca peraturan-peraturan mengenai penggunaan lampu kenderaan yang betul.
Difahamkan, pihak berkuasa berkenaan telah menguji kaedah ini pada tahun 2014. Namun kali ini, pihak berkenaan meneruskan perlaksanaan denda tersebut dan menyediakan kerusi khas untuk pesalah untuk menerima denda mereka.
Foto - Polis Senzhen |
Foto - Polis Shenzen |
Bagaimanapun di media sosial, netizen tidak bersetuju pihak polis mengenakan masa selama seminit kepada pemandu yang bersalah. Sebaliknya mereka meminta denda itu diberikan selama lima minit agar ia benar-benar memberikan peringatan yang mendalam kepada pesalahnya.
Malah, netizen juga mahu denda seperti itu juga dilaksanakan di seluruh negara. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :