Sensasi

Pelanggan Dakwa Kualiti Nasi Lemak Anak Dara 'Out' Selepas Viral


SHAH ALAM - Seorang wanita mendakwa, nasi lemak yang viral di media sosial sebelum ini, amat mengecewakannya. 

Sarimah Jaafar yang memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya itu di laman Facebook mendakwa, kualiti dan kuantiti Nasi Lemak Anak Dara (NLAD) yang diterimanya tidak seperti yang disangkakan. 

"Inilah dia nasi lemak anak dara yang diviralkan itu. Kami order pagi ini untuk majlis baca yassin. Yang azabnya, dia suruh orang tua berumur 46 tahun naik tangga tingkat lima paling atas untuk ambil 40 bungkus nasi lemak. Korang rasa patut tak?

"Dah camtu, inilah rupa nasi lemak yang konon sedap sangat. Harga RM3.50, kuantiti memang kesian. Ayam potong 24 timun, tak ada kacang dan telur. 

"Tolonglah, niaga kena ikhlas. Jangan selepas viral, kualiti pun out. Menyumpah orang makan nasi kau," kata Sarimah Jaafar. 

Bagaimanapun pencarian di Facebook mendapati akaun Sarimah Jaafar telah dipadamkan. 

Kenyataan Sarimah Jaafar yang sempat discreenshot sebelum dipadamkan.

Sementara itu di media sosial, netizen tampil mempertahankan pemilik NLAD, Siti Hajjar, dan menganggap dakwaan Sarimah Jaafar itu satu cubaan untuk memfitnah peniaga muda berkenaan. 

Di laman Facebook rasmi NLAD, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan mengenai dakwaan Sarimah Jaafar. Netizen juga mendesak Siti Hajjar memberikan penjelasan segera. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.