Sensasi

Park Kereta Depan Pusat Sampah, Pemilik Terkejut Kereta 'Terkubur' Bersama 10 Tan Sampah


CHINA - Oleh kerana tergesa-gesa mahu makan malam bersama rakannya pada malam Selasa lalu, seorang lelaki mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya, lapor Shanghaiist.

Apabila dia kembali semula beberapa jam kemudian, dia mendapati keretanya 'terkubur' dalam sampah. 

Pemiliknya, Shang, tidak menyedari keretanya diletakkan di depan pusat sampah, yang mana telah menghalang laluan lori sampah.

Menurut pekerja berkenaan, oleh kerana tiada jalan untuk lori sampah masuk ke stesen tersebut, pemandu lori telah mengambil keputusan untuk membuang 'isi perut' lori sampah di sekeliling kereta Shang sebelum keluar semula mengutip lebih banyak sampah. 

Dalam beberapa jam sahaja, keretanya SUVnya dikelilingi 10 tan sampah menyebabkan Shang tidak dapat keluar dari tempat itu. 





Shang dipaksa membayar 1,100 yuan (RM680) kepada operator forklift bagi membersihkan laluan dan membenarkan Shang keluar dari tempat berkenaan. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.