
Kecoh
netizen apabila peserta musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza,
Nora diberi lagu sendiri, Sandiwara untuk didendangkan melalui segmen
lagu pilihan media di pentas separuh akhir, Ahad ini.
Nora dikantoikan astro, rupanya dia sendiri berkeras tak nak nyanyi lagu dipilih?
Tidak
cukup itu, netizen mempertikai mengapa lagu yang dimuatkan dalam album
sulung Nora itu menjadi pilihan media, sedangkan banyak lagu lain boleh
disampaikan penyanyi bersuara nyaring itu serta tidak adil kepada
peserta lain.
Hakikatnya,
kumpulan media juga terkejut dengan pengumuman dibuat penganjur GV
berikutan Sandiwara tidak tersenarai dalam lagu pilihan media,
sebaliknya Nora diberi lagu lain.
Mengulas
kontroversi itu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad mengesahkan
wujud pertukaran lagu dalam kalangan peserta GV atas pelbagai alasan.
Kami
sudah memujuk peserta dengan memberi pelbagai penjelasan serta rasional
mengapa sesuatu lagu dipilih. Bagaimanapun, artis berkeras untuk tidak
mahu menyanyikan lagu pilihan dengan pelbagai alasan seperti tidak
sesuai dengan julat vokal mereka.
Dalam
kes Azharina, dia bukan tidak mahu menyanyikan lagu pilihan media. Lagu
Fantasia Bulan Madu akan dinyanyikan secara duet dengan Black. Cuma
Azharina menukar daripada menyanyikan lagu itu secara solo kepada duet,
katanya.
Mengenai
tindakan Nora menyanyikan lagu sendiri berjudul Sandiwara pada
peringkat separuh akhir, Raqim berkata, ia bukanlah perkara baru kerana
peserta GV musim lalu pernah melakukannya.
Kalau
tak silap saya, Rahmad pernah menyanyikan lagu sendiri dalam
pertandingan GV. Mereka penyanyi profesional. Dalam hal ini, kita sudah
memberi penjelasan kepada mereka.
Apabila
peserta menolak lagu yang diberi atas alasan sendiri, kami tak mahu
memaksa. Mungkin lebih baik jika perkara itu ditanyakan sendiri kepada
penyanyi terbabit, katanya.
Sumber: BH Online
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :