Sensasi

Nasi Tak Sedap Kualiti Out, Ini Respon Pemilik Nasi Lemak Anak Dara

 Nasi Tak Sedap Kualiti Out, Ini Respon Pemilik Nasi Lemak Anak Dara



Sebelum ini telah viral aduan dari seorang wanita bernama Sarimah ke atas Nasi Lemak Anak Dara.

Ini aduan dari Puan Sarimah
 
Inilah dia nasi lemak anak dara yang diviralkan itu. Kami order pagi ini untuk majlis baca yassin. Yang azabnya, dia suruh orang tua berumur 46 tahun naik tangga tingkat lima paling atas untuk ambil 40 bungkus nasi lemak. Korang rasa patut tak?
Dah camtu, inilah rupa nasi lemak yang konon sedap sangat. Harga RM3.50, kuantiti memang kesian. Ayam potong 24 timun, tak ada kacang dan telur.
Tolonglah, niaga kena ikhlas. Jangan selepas viral, kualiti pun out. Menyumpah orang makan nasi kau.


Akhirnya pemilik Nasi Lemak Anak Dara iaitu Siti Hajjar telah berjumpa dengan Puan Sarimah dan menyelesaikan masalah ini.

Ini respon balas pemilik Nasi Lemak Anak Dara

Assalamualaikum WBT
berkenaan gambar complain yang viral
Alhamdullilah dengan izin Nya, NLAD dan Puan Sarimah Jaafar telah berjumpa..Segala kesulitan dan viral harap boleh padam ye.. Mohon tidak ada lagi gambar Puan Sarimah/keluarganya tersebar.. Akaun Facebook Sarimah Jaafar adalah benar. Kedua dua pihak telah memohon maaf untuk kebaikan masing masing.. diatas persetujuan dua dua pihak tak perlu la ada penjelasan yang lebih lanjut..
Pihak NLAD dan juga mewakili pihak Pn Sarimah mohon maaf diatas perkara tersebut.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.