KUALA LUMPUR - Sebuah laman web mendakwa seorang rakyat Malaysia hampir menjadi mangsa penjenayah yang meletakkan car seat baby di tepi jalan, namun berita tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Menurut Hoax Slayer, penyebaran maklumat yang tidak benar itu bermula di United Kingdom (UK) sejak tahun 2009. Bagaimanapun, pihak berkuasa di UK menafikan pernah mengeluarkan amaran seperti itu. Malah, tiada laporan berita mahupun laporan polis yang dibuat berhubung jenayah sedemikian.
Maklumat palsu itu juga dikesan pernah tersebar di Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan terkini di Malaysia dan Singapura.
Dalam laporan World of Buzz, seorang rakyat Malaysia ternampak car seat baby di tepi jalan ketika memandu di sebuah kawasan di luar bandar. Namun, individu itu tidak berhenti dan meneruskan perjalanan sehingga ke destinasi sebelum menghubungi polis dan memaklumkan penemuan itu.
Menurut individu berkenaan, pihak polis telah menasihatkannya agar berhati-hati kononnya penjenayah kini menggunakan taktik terbaru untuk memerangkap mangsa mereka terutamanya wanita, agar mangsa memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta.
Lapor World of Buzz, penjenayah akan menggunakan car seat dan patung bayi diletakkan di tepi jalan yang berdekatan dengan hutan atau semak. Jika ada mangsa yang memberhentikan kenderaan dan menghampiri car seat tersebut, penjenayah akan menangkap mangsa dan tarik ke dalam hutan sebelum dibelasah, dirogol dan dibunuh.
Meskipun laporan dari World of Buzz itu adalah tidak benar, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan penipuan seumpama ini. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :