
Legenda
Melayu Cik Siti jalang: 99 Suami Meninggal Selepas Malam
Pertama|Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun
selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di
Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini
terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali
sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham
dipanggil sedemikian?
Mengikut
ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah
menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik
Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan
di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana
risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah
mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga
kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak
bertanggungjawab.
Sehinggalah
Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang
lelaki yang juga dari golongan orang berada.
Majlis perkahwinan
berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan
pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah
diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau
bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda
yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!
Namun
itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik
Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih
mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila
dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk
berberapa tahun selepasnya,sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai
99 orang suami.
Sehinggalah
suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan
agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat
membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga
angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya
kekal ke akhir hayat.
Namun
Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak
mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah
mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan
jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat
dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu
penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.
Namun
terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti
Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan
hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan
pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti
Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka sesiapa saja
lelaki yang kahwin dengan cik siti akan mati.
Sejauh
mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal
hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat
menarik. Demikianlah diceritakan orang….
makam cik siti.


Makam
Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan
bersebelahan dengan Kampung Kelantan dimana Laksmana Bentan disemadikan
bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah
perut yang di sebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan
oleh isteri Megat Seri Rama ( Laksmana Bentan ), akibat kemurkaan
sultan, perut Dang Anum telah dibelah hidup2 dan juga menyebabkan
seorang laksmana yang patuh kepada sultan telah bertukar menjadi murka
membunuh baginda. Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah di
sumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung
Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman.
Pernah di filemkan dengan tajuk sanggul beracun
Pelakon
dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi
gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga
memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun
lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon
Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah
lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi,
dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.
Sumber: jeannereid
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :