|
Kejadian ini baru berlaku tadi sekitar jam 10.30 malam. Lokasi di antara Kampung Sungai Lakit sebelum sampai Paloh.
Kereta yang saya pandu tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang. Hampir tak nampak langsung bahagian belakang. Saya menjadi binggung, berulang kali saya tekan brek untuk melihat bias cahaya tetapi gagal.
Saya segera mengejar kereta Proton Exora di hadapan saya. Tiba-tiba kereta saya terasa amat berat. Walaupun saya tekan minyak sekuat hati, kelajuannya tetap perlahan.
Allahuakbar! Saya dan isteri mula rasa panik. Bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang bonet kereta sangat jelas. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami pada ketika itu.
Pintu di bahagian penumpang seperti ada sesuatu yang ingin merobek atau seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya.
Alhamdulillah, setibanya kami di Paloh, keadaan kembali seperti biasa. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana menyelamatkan kami sekeluarga dari gangguan yang tidak diingini berlaku.
Sampai saja di rumah, memang jelas ada kesan calar pada bumbung dan bonet belakang kereta. Mujur aku tak lalai dan dapat meneruskan perjalanan sehingga selamat tiba ke destinasi.
Kesan cakaran dari 'sesuatu' pada kereta seperti yang didakwa oleh Amin Hussin |
Pintu penumpang seperti ingin dirobek oleh 'sesuatu' |
Ini merupakan kejadian yang kali kedua kami alami. Kejadian pertama lebih dahsyat. Apa-apa pun, berhati-hati ketika memandu. Zikir Allah dan Azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa. - Amin Hussin | The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :