Ini Penjelasan Dari Che Ta Mengapa Aaisyah Muka Masam Di Sambutan Hari Jadinya
Baru-baru ini, Aaisyah Dhia Rana puteri sulung kepada pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah menyambut hari kelahiran yang ke-2.
Beberapa keping gambar sambutan hari jadi Aaisyah Dhia Rana telah dimuatnaik di laman sosial instagram milik Che Ta.
Sambutan majlis hari jadi itu berlangsung dengan amat meriah disamping ahli keluarga dan juga rakan-rakan Che Ta dan Zain Saidin.
Aaisyah dilihat begitu comel memakai baju hijau sedondon dengan Che Ta.
Namun ada juga yang perasan bahawa wajah Aaisyah seperti 'masam' di sepanjang majlis tersebut yang dibuat secara tertutup.
Ada yang tertanya-tanya mengapa Aaisyah masam macam tu.
Ini penjelasan dari Che Ta tentang hal itu.
"Cuma, 'moodnya' memang kurang baik hari ini. Saya sendiri sebenarnya jarang membawanya ke acara membabitkan ramai orang. Jadi, memang dia tidak biasa dengan dengan situasi seperti ini,"
Mungkin Aaisyah tidak biasa dengan keadaan orang ramai sebab itu dia tiada mood.
Jelas Che Ta lagi, dia memang merancang membuat sambutan di luar negara tapi kerana tertangguh membayar cukai, dia tak dapat ke luar negara.
Ini komennya:
"Mujur Aaisyah masih kecil dan tidak faham masalah yang saya lalui. Kalau sudah besar, barangkali dia akan berkecil hati."
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :