Nama aku Raudah. Aku cuma seorang belajar lepasan stpm . Aku minat
sangat page ni sebab banyak iktibar yang aku boleh dapat .Firstly tujuan
aku share cerita ini hanya sebagai iktibar sahaja untuk anak2 muda kat
luar sana .
Aku anak sulung dari 5 beradik . Adik2 aku yang lain masih belajar . Apa
yang aku nak share adalah kisah hidup aku . Aku org susah , sangat2
susah . Ayah aku dulu seorang penagih dadah dan kaki arak . Apa yang
korang akan rasa bila ayah korang jadi macam tu ? Of course malu kan .
Ye , aku sangat2 malu dapat ayah macam tu . Aku sedih sebab kenapa ayah
aku tak elok macam ayah orang lain .
Ibu buat kerja macam2 untuk besarkan kami 5 beradik . Sampai meminjam
duit orang sebab nak bagi kami makan , sedangkan ayah duit kerja dia
hanya habis untuk dadah . Pernah satu hari , ibu pergi menoreh dengan
ayah tapi getah yang ditoreh telah dicuri , dan pencuri itu adalah ayah .
Kesian ibu . Macam2 dugaan dia hadapi . Moga2 nanti aku jadi sekuat dan
setabah ibu .
Bila masuk tahun 4 aku ditawarkan ke sebuah sekolah bestari / Kluster .
Masa ni ibu jual segala barang yang dia ada sebab nak penuhkan impian
aku . Umur 10 tahun aku sudah dimasukkan ke asrama . Aku ingat lagi ,
dulu waktu temuduga cikgu kat situ tanya aku bila besar nk jadi apa .
Aku jawab saya nk jadi polis sebab nanti saya boleh tangkap ayah .
Tergelak kecil ibu aku . Waktu aku tinggal kat asrama aku ingat aku
boleh kurangkan beban ibu ayah aku . Yela , makan tak payah bayar .
Biasiswa aku dapat . So sebulan sekali hanya bagi duit belanja je .
Tapi sangkaan aku sama sekali meleset . Ayah makin menjadi2 . Bila dia
dah terjebak dengan dadah ditambah pulak dengan minum air setan tu dia
jadi mabuk dan selalu menyusahkan ibu . Tiap2 hari dia mintak ibu duit
semata2 untuk penuhi keinginan dia . Sampaikan barang rumah habis semua
dijual dan akhirnya yang tinggal hanya sebuah tv buruk yang hanya tunggu
masa nk rosak . Makan pakai semua terabai . Pernah suatu hari aku call
ibu sebab nk hilangkan rindu , bila ditanya soal makan ibu mesti kata
dah . Esoknya bila aku call lagi dan borak dengan adik aku pulak adik
aku bgtau dah 2 hari beras takde kak , kami makan ubi kayu je . Ya ALLAH
jatuh air mata aku . Waktu tu perasaan benci dekat ayah makin membuak .
Korang pernah tak pergi sekolah naik satu motor tapi penunggang 5orang .
Aku tak pernah , tapi adk2 aku semua pernah . Yela sebab aku dok hostel
kan .Motor ex5 buruk je korang . Mak aku yang bawak . 2 kat depan , mak
aku bawak then lagi 2 kat belakang . Even adik bongsu aku kecik lagi
waktu tu mak aku tetap bawak sebab taknak susahkan org lain nk kena jaga
adik aku .Lagipun duit takde nak bayar .Nak suruh nenek aku tolong
tengok2 kan takpayah laa , Nenek aku pilih kasih orangnya . Ibu dah
terkena sekali dan dia akan ingat sampai bila2 . Sebabtu dia rela bawak
dari tinggalkan anak dia dengan orang even darah daging sendiri .
Hari berganti hari , aku dah masuk ke sekolah menengah dan adik2 aku pun
dah makin besar . Tapi ayah , masih dijalan hitamnya . Masih
menyusahkan ibu . Seriously aku sebenarnya memang dah tak boleh tahan .
Waktu ni aku memang dah benci dekat ayah . Adik2 aku pun rasa benda yang
sama . Kami semua anggap ayah ni jahat . Kami adik beradik tak suka
kalau ayah datang kat sekolah kalau ada event pape . Call ibu awal2
suruh ibu datang sorang je . Sampai macam tu sekali wey . Kadang2 aku
terfikir mesti ayah akan terasa tapi bila aku ingat apa yang dia buat
dekat ibu aku , terus aku lupakan semua tu dah simpan dalam hati yang
ayah aku memang kejam . Waktu tu aku dah taknak fikir kebaikan ayah
walaupun sejujurnya memang ada pengorbanan yang dia buat untuk aku dan
adik2 .
Korang , tahun ni genap umur aku 23 . Bermakna sudah 3 tahun ayah
berhenti daripada melukakan hati ibu . ALLAH tu maha kaya , pemurah lagi
maha mengasihani kan . Dia makbulkan semua doa2 ibu . Dia balas
kesabaran ibu dengan sesuatu yang amat2 kami harapkan dari seorang ayah .
Alhamdullilah ayah kembali ke pangkal jalan . Ayah dah tinggalkan semua
. 100% bersih dari Dadah dan arak . Itulah yang aku maksudkan sebagai
mati hidup semula . Aku bersyukur sangat2 . Alhamdulillah adik aku yang
kedua inshaALLAH akan tamatkan pengajian bulan 4 tahun depan , yang
ketiga tengah spm dan bersekolah di salah satu sekolah terbaik di
malaysia (SBP) , yang ketiga dan keempat disekolah harian biasa je . Aku
pulak , korang doakan aku dapat sambung pelajaran aku semula ye , aku
dah apply cuma tunggu result je ni .
Untuk para pembaca , walau jahat mana sekalipun mak n ayah kita tu tetap
mak ayah kita . Hakikat tu takde siapa yang boleh ubah . Sejahat2
mereka , tetap ada pengorbanan yang mereka lakukan untuk membahagiakan
kita .Kalau parents korang ada masalah mintak dorg bincang dari hati ke
hati . InshaALLAH semua akan dipermudahkan .
Aku yang menyesal, Raudah Kakak Menyesal via IIUM.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :