KUALA LUMPUR - "Kat HKL ni. Kalau staff HKL kurang ajar, nak buat live on the spot," demikian kata Safiey Ilias di laman Facebooknya.
Status yang dimuat naiknya itu mencetuskan rasa kurang senang orang ramai khususnya netizen yang berkerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Difahamkan, Safiey Ilias datang ke HKL untuk rawatan susulan selepas beliau menjalani pembedahan membuang payu daranya pada April lalu.
Anwari Hamzah, jururawat lelaki di HKL tampil memberikan reaksinya terhadap status usahawan komestik berkenaan.
Reaksi dari Anwari Hamzah, Jururawat Hospital Kuala Lumpur |
Bagaimanapun, jutawan kosmetik berkenaan difahamkan telah membuang status tersebut tanpa membuat sebarang permohonan maaf.
Orang awam diingatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial untuk memburukkan mana-mana pihak bagi kepentingan diri terutamanya institusi pendidikan dan perubatan. Sebaliknya, gunakan saluran yang betul untuk membuat aduan sama ada secara online atau bertulis. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :