Baru tiga bulan berkahwin, si suami sudah mencari bomoh di laman Facebook dan berniat melabur ratusan ringgit untuk mendapatkan minyak pengasih bagi memikat gadis yang dikenannya.
"Saya nak tanya pendapat semua. Kalau suami main benda seperti ini, apa perlu buat? Sebelum ini sudah banyak kali dah kantaoi mesej 'blue'. Itulah yang berlaku pada kakak saya yang baru berkahwin dengan suaminya, tiga bulan," kata pengadu pada laman Kisah Rumah Tangga.
Berdasarkan gambar perbualan Facebook si suami dengan empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai bomoh dan mempunyai ilmu yang boleh membantu golongan terdesak mendapatkan perempuan yang pelanggan mereka mahukan.
Salah seorang yang mengelar dirinya sebagai bomoh menawarkan Minyak Pukau yang dijual dengan harga RM8,950. Minyak tersebut boleh digunakan dari jarak jauh dan serta merta membuatkan perempuan yang diminatinya itu jatuh cinta pada penggunanya.
Perbualan bersama Mistik Bomoh
Perbualan bersama Panglima Sheikh Sutera Merah
"Segala barang saya hanya iktihar saja. Yang menetukan jadi atau tak, hanya Allah swt," kata bomoh berkenaan.
Perbualan bersama Minyak Pengasih & Pelet Super
Bagaimanapun, umat Islam dilarang melakukan perkara-perkara syirik seumpama itu, malah ia adalah perbuatan yang berdosa kerana menyekutukan Allah. Sebaiknya, jika ada masalah rumah tangga, rujuklah pada ustaz atau pakar kaunseling. Selain itu, bersihkan diri dengan solat, sujud pada Ilahi, mohon doa kesejahteraan, mohon kuatkan iman, mohon petunjuk dan lakukan solat berjemaah. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :