Semua
Akan Tahu Kak Lofa Juga Akan Tahu..!”, Akhirnya Sherry Ibrahim Dedahkan
Punca Sebenar Fattah Amin Beria Meninggalkan Dirinya Walaupun Dirinya…
Patut La Berpisah!! Akhirnya Terbongkar Punca Sebenar Sherry Ibrahim Di Tinggalkan Fattah Amin…
Pelakon
Sherry Ibrahim, 33, menafikan perbezaan usia sebanyak tujuh tahun
menjadi punca perpisahannya dengan aktor Fattah Amin, 26.
“Kalau
orang dah tak nak takkan kita nak paksa kan? Kenyataan saya ni bukanlah
sesuatu yang memalukan tapi saya percaya setiap yang berlaku ada
hikmahnya.
“Lagipun
dia bukan suami saya dan kami pun tak pernah berkahwin. Mengenai hal
putus cinta, saya tak rasa umur adalah puncanya, semuanya bergantung
pada diri sendiri sama ada kita ikhlas atau pun tidak.
“Semuanya
ketentuan tuhan, saya anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian. Jodoh
dia dan saya hanya setakat ini sahaja,” ujarnya ketika ditemui pada
majlis pelancaran single terbaru Sherry Ibrahim, Seikhlas Cinta
bertempat di Dewan Mercu Mustaffa Kamal, Neo Damansara pada petang
Khamis.
Mengulas
mengenai perpisahannya, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim
memberitahu dia terkejut apabila berita tersebut diketahui umum.
Jelasnya,
dia tidak tahu langsung mengenai hal itu kerana sewaktu kenyataan
tersebut dikeluarkan bekas teman lelakinya, dia sedang bercuti di luar
negara.
“Perkara
ini berlaku sewaktu saya sedang bercuti di Doha selama seminggu dan
jujurnya saya tak tahu langsung yang dia (Fattah) dah keluarkan
kenyataan sebegitu.
“Saya dapat tahu tentang perkara ini pun bila pengurus saya yang beritahu.
“Kami putus cinta sejak lepas raya dan sebenarnya dah bersetuju untuk berbincang sebelum beri kenyataan.
“Saya minta dia ‘hold’ dulu kenyataan tersebut untuk beri sedikit masa kerana perkara itu bukan mudah bagi saya.
“Kalau
boleh saya nak tunggu masa yang sesuai kerana sibuk dengan kerja, tapi
bila kenyataan itu dah dikeluarkan secara tiba-tiba, saya tak boleh nak
buat apa.
“Kalau boleh saya tak mahu memberikan komen mengenai perkara tersebut dan selepas ini saya tak mahu dikaitkan lagi dengan dia.
“Andai
ditawarkan untuk bekerja atau berlakon sekali, saya rasa itu tak
mungkin berlaku. Saya tetap dengan keputusan saya. Mungkin orang akan
tindakan saya itu ‘over’ tapi itulah yang akan saya lakukan,” jelasnya.
Dalam
pada itu, Sherry juga menafikan dakwaan yang mengatakan bekas kekasih
terdahulu, pelakon Ashraf Muslim pernah menghubunginya.
“Tak
perlulah nak kaitkan saya dan Ashraf. Dia pun dah bahagia dengan
kehidupan sendiri dengan anak-anak dan juga isteri-isterinya.
“Selepas kami membawa haluan masing-masing, dia tak pernah hubungi saya dan begitu juga sebaliknya.
Banyak
lagi perkara yang saya nak fokuskan terutamanya kerjaya dan saya
rasanya tak perlulah nak ungkitkan kembali nama dia,” ujarnya.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :