
Wanita bukan
sahaja perlu menjaga kesihatan malah mesti memelihara kecantikan dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Setiap inci tubuh dan wajah harus
diberi perhatian. Namun ramai yang mengabaikan penjagaan diri terutama
di bahagian sulit seperti celah paha, ketiak dan leher.Akibatnya
bahagian intim ini menjadi hitam dan meninggalkan parut.
Kita
selalu dengar rungutan orang yang mengalami masalah ketiak hitam,
ataupun kawasan leher dan celah peha. Kawasan-kawasan yang terselindung
ini mudah meninggalkan kesan hitam akibat kurang mendapat udara atau
kerana penggunaan krim yang kurang sesuai.
Okay.
Sebelum tahu cara nak hilangkan kesan hitam di bawah ketiak, celah peha
dan juga leher, kita harus ketahui mengapakah kawasan-kawasan yang
disebutkan tadi hitam?
Sebab-sebab berlaku kesan hitam di celah ketiak, leher dan peha:
1. Deodoran yang
tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya
masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai
kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah
kulit seperti merengsa dan sebagainya. Sisa deodoran yang tidak
dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria
dan menyebabkan ketika menjadi hitam.
2. Ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik contohnya ketika hamil.
3. Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut.
4.
Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang
menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.
5.
Selain itu, pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan dikenal
pasti antara penyebab ketiak menjadi gelap. Pergeseran antara ketiak dan
baju membuatkan bahagian ini tidak selesa.
Cuba amalkan tip untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian intim dengan cara ini:
1. Pencuci Khas
Gunakan
pencuci khas yang mampu membersih sambil melindungi bahagian intim
anda. Pilih pencuci yang membantu memutihkan kulit di celah paha, ia
membantu menghilangkan kesan gelap atau kehitaman pada bahagian ini
secara lembut.
2. Skrub
Seperti
wajah, bahagian intim juga sensitif dan mesti dijaga rapi. Lakukan
skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok celah paha secara
perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu kuat kerana
ia boleh mencederakan kulit.
3. Kebersihan
Jaga
kebersihan, lap kering seluruh tubuh terutama pada bahagian celah paha.
Pakai pakaian yang bersih, pilih seluar dalam yang selesa dan kering.
Jangan pakai seluar yang terlalu ketat atau girdle yang kecil, ia
menyebabkan paha bergesel dan kulit melecet. Akibatnya kulit menjadi
gelap dan berparut.
4. Tabiat Menggaru
Jika
berasa gatal pada bahagian ini, jangan menggaru. Gosok dengan lembut
menggunakan kain atau tuala. Tabiat menggaru meninggalkan parut yang
hodoh dan menjadikan kulit gelap serta menggerutu.
5. Kerap Tukar Pad
Ketika
datang haid, tukar pad dengan kerap untuk kebersihan bahagian sulit.
Jika pad terlalu penuh dan bocor sehingga terkena seluar dalam, ia boleh
menyebabkan jangkitan dan kegatalan kulit.
6. Losyen Pencerah
Bagi
anda yang mengalami kesan gelap yang serius, dapatkan bantuan ahli
farmasi. Beli losyen atau krim khas yang dapat merawat kulit pada celah
paha. Ia membantu mengurangkan kesan gelap tanpa kesan sampingan.

7. Petua Tradisi
Parut
buah betik yang hampir masak sehingga halus, jadikan masker. Lumur pada
celah paha, leher dan ketiak. Biarkan seketika, bilas dengan air
bersih. Amalkan seminggu tiga kali, kulit akan beransur cerah.
Boleh
juga gunakan sireh dan beras. Kisar segenggam beras sehingga halus,
campurkan dengan saun sireh yang ditumbuk lumat. Adun sebati, jadikan
sebagai lulur. Lumur pada tubuh terutama bahagian yang bermasalah, gosok
perlahan untuk buang sel mati dan daki. Kulit akan menjadi halus dan
cerah.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :