Aku 23. Baru kerja. Lepasan degree. Aku boleh melihat makhluk ghaib. Dan
macam sixth sense. Aku boleh kesan kehadiran makhluk ghaib. Benda ni
bermula masa aku 11 tahun. Ayah aku bawa aku masuk hutan dengan member2
office dia. Waktu malam, aku dirasuk oleh makhluk halus. Tapi bukan yang
ni yang menakutkan.
Yang menakutkan adalah, dalam badan aku, ada “aku” yang lain. Makhluk
yang pernah masuk dalam badan aku. Aku tak thu dalam scientific or dalam
islam, ada ke tak fenomena ni. Aku pernah jumpa ramai yg pakar dalam
hal ni. Conclusionnya, benda ni dah sebati dlm tubuh. Sebab dia berumah
terlalu lama dalam badan aku. Aku dpt kesan kehadiran dia dlm badan aku
bila aku 15 tahun.
Masa tu dalam asrama. Aku tinggal dalam dorm. Aku tersedar pkul 2 pagi.
Dan aku nampak clone aku betul2 berdiri depan pinth dorm. Susuk tubuh,
muka, style rambut semua sama. Hanya satu yang lain. Dia “senyum”. Dan
senyuman tu tak pernah aku buat selama ni. Bermakna, aku takut tgk diri
sendiri. Lawak tapi benar. Malam tu aku memang cuak nak mampus.
Aku tak tahu nak lari kemana. Semua dormmates aku tido. Aku nak jerit
suara tak kluar. Nak bergerak tak boleh. Mcm tubuh aku kena paku atas
katil. Kemudian dia hilang. Then aku tertido. Bila aku bangun, aku rasa
macam tubuh aku berat gila. Rasa malas pergi kelas Malam keesokkannya,
aku cuak gila nak tido. Sebab aku risau aku nampak dia lg. And betul.
Aku nmpk dia lagi. Mcm biasa. Dia just pandang je aku and bg senyuman
creepy nak mampus. Dan macam biasa juga, aku cuba menjerit dan bergerak
tak dapat.
Benda ni jadi sampai seminggu. Sehingga aku kalis. Pkul 2-3, mesti aku
tersedar balik. Aku cuba jugak tido bilik lain. Still, dia ada. Kalau
bukan depan pintu, celah tingkap, tepi katil member aku. Yang aku tahu,
dia tak datang rapat kt aku. Sehingga satu hari, lepas smnggu. Aku
tersedar pkul 2 lebih. Dia takde. Tapi dia berbisik tepi telinga aku
dalam bahasa yang tak pernah aku dengar selama ni seumur hidup aku. Dan
hairannya, aku faham!! Dan dia ada mention satu nama. Aku tak berani nak
tulis nama tu. Dia bgthu yang dia taknak “aku keluar lama2. Balik
rumah. Makanan ada di rumah”. Macam ni la lebih kurang.
Aku tak faham kenapa aku faham. Aku terus bangun dan berlari ke rumah
wardeb. Aku ketuk pintu kuat2. Warden buka dan bawa aku masuk dalam
rumah. Dia tnya, aku explain. Warden trus siap2, start kereta bawa aku
jumpa kawan dia. Kawan dia ustaz yang ubatkan orang. Bila kitorg sampai,
jumpa ustaz, dia scan apa smua. Dia tnya aku, suara yg bisik tepi
teliga aku tu suara laki ke perempuan. Aku cakap perempuan. Ustaz ckp,
betul lah. Sbb perempuan bunian ikut kitorang. Aku dah start confuse.
Sbb aku nampak laki. Laki sbb makhluk tu menyerupai aku. Ustaz bgthu
yang ada dua makhluk tengah kacau aku. Yang aku nampak dan yang bisik
kat telinga aku tu dua makhluk yang berlainan.
Lepas kena rawat, aku balik ke asrama. Warden suruh tidur rumah dia. And
dia suruh aku diamkan perkara ni. Sbb xnk bg makhluk tu kacau budak
lain. So aku iyakan je. Keesokan malamnya, takde benda berlaku. Selama 2
tahun. Hingga aku 17 tahun. Aku bergaduh dalam sekolah. Bila aku lempar
locker nasib baik tak kena. Semua terdiam sebab aku lempar locker.
Sejak dari hari tu, aku rasa macam tenaga aku kuat. Tambah2 bila datang
raya korban, ayah aku pelik sebab aku boleh rebahkan seekor lembu
sorang2.
Family aku syak something. Diorang panggil ustaz lagi. Aku hairan dan
marah. Sbb panggil ustaz. Kemudian ayah aku explainm dia cakap setiap
malam aku tidur mengigau. Aku bercakap dengan someone. Dalam bahasa yang
dorang langsung tak faham. Dan aku sebut nama someone berulang kali.
Dan nama tu bukan nama islam pun. Jadi aku syak ni mesti bunian tu. Aku
jadi nak marah. Aku tengking satu rumah. Aku ckp yang aku xnk dia kacau
aku. Aku suruh dia berambus. Aku terajang sofa. Aku tumbuk dinding. Tapi
dinding tak berlubang. Tangan aku berdarah.
Kemudian, secara tiba2 pintu rumah kena ketuk Ustaz suruh semua senyap.
Sebab ustaz kata makhluk tu yg ketuk pintu. Kemudian ustaz tu pergi
buka. Aku terkejut gila. Aku ternampak lembaga seorang perempuan yang
cukup cantik. Tak pernah aku lihat sblum ni. Aku terkejut sambil tuding
jari pada perempuan tu. Yang peliknya family aku xnmpak dia. Ustaz jerit
kat aku. Ustaz minta aku laung nama aku dan bgthu aku bukan yang dia
cari. Kemudian dia blah.
Ustaz suruh aku kuatkan amalan. Dia just ckp makhluk ni nak berdamping
dengan aku je. Dia ckp ada dua makhluk. Satu dalam badan aku. Satu lagi
kat luar. Yang kat luar tu perempuan bunian tu. Cuma ustaz tak boleh
keluarkan yang dlm badan aku. Sebab dh sebati. Tunggu aku “kuat” dulu
baru boleh buang. Jadi, selama bertahun tahun. Sehingga aku 23 tahun.
Aku cuba kuatkan amalan aku. Macam2 cara aku kena kacau. Sampai satu
tahap, aku dah lali kena kacau. Aku selalu mengigau. Kadang2 kalau aku
dok sorang2, aku mcm bercakap seorang diri. Kemudian aku tak sedar aku
borak apa. Kadang2 datang dalam mimpi.
Aku terjumpa makhluk menyerupai aku. Makin lama, makin biasa. Sampai
satu tahap, aku tegur makhluk tu dalam mimpi. Aku tnya dia kenapa tak
blah lg. Dia tak cakap apa2. Sehingga satu malam, dia ckp XXXXX akan
datang lagi cari aku. “XXXXX” ni nama. Walaupun aku tak biasa dengar
nama ni, tapi aku tahu nama ni nama perempuan. Aku tersedar dari mimpi.
Aku mengucap. Keesokkannya, aku jumpa sorang ustaz yang agak terkenal.
Dia bgthu juga apa yang jadi sebenarnya.
Dia cuba berkomunikasi dengan makhluk tu. Katanya, masa aku pergi hutan
dengan ayah aku dlu, ada budak lelaki bunian yang ikut aku dan nak
berkawan dgn aku semata mata kerana muka aku sama dengan dia. Dan time
tu aku pun budak2 lagi. Budak bunian tu datang dengan kakak dia. Lepas
aku kena rasuk dengan budak bunian tu, budak bunian tu terus berumah
dalam badan aku. Si kakak ni terus mencari adik dia hingga dia akhirnya
jumpa jugak aku masa aku 15 tahun dalam asrama. Ustaz tu cakap, lembaga
yang menyerupai aku tu sebenarnya budak lelaki bunian tu. Dia membesar
bersama2 aku. Dan turn out muka sama dengan aku juga bila dia besar.
Creepy kan?
Aku tahu. Kakak dia nak aku buang adik dia sebenarnya sebab dia nk bawak
adik dia balik. Adik dia takna tinggalkan badan aku. Diorang
berkomunikasi apabila aku tengah tidur. Turn out, yang aku mengigau
malam2 tu sbnrnya budak bunian tu tengah bercakap dengan kakak dia.
Lepas aku dengar penjelasan ustaz tu, baru aku sedar dan ingat segala
isi perbualan. Lepas berubat, akhirnya budak lelaki bunian tu keluar
jugak dari badan aku. Aku nampak dia kluar dari badan aku. Memang sama
muka dengan aku. Kakak dia dh tgh tunggu. So korang blh percaya atau tak
percaya kisah aku. Takde kesan bagi aku. Kita hidup di dunia ni,
berkongsi. Perkara ghaib ni memang disekeliling kita. Kuatkan amalan.
Jangan terpesong. Salam – Farhan
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :