Sensasi

1 Maut, 5 Cedera, 1 Tertimbus Dalam Runtuhan Jejantas


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Vietnam dilaporkan meninggal dunia dalam runtuhan jejantas di tapak pembinaan KL Eco City, Kampung Abdullah Hukum, Bangsar, petang tadi, lapor Harian Metro.  

Ketua Polis Daerah Bricksfield Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, dua lagi pekerja warga Bangladesh masih terperangkap di bawah runtuhan jejantas sepanjang 70 meter itu. Salah seorang mangsa dilaporkan masih hidup, manakala seorang lagi tertimbus dan tidak dapat dikenal pasti keadaannya. 

"Pihak kami mengesahkan, setakat ini hanya tujuh mangsa terbabit. Seorang pekerja warga Vietnam disahkan meninggal dunia. Empat lagi mangsa cedera berjaya dibawah keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya. 

Lapor Berita Harian, salah seorang mangsa warga Bangladesh berusia 32 tahun yang tertimbus di bawah runtuhan itu berjaya dikeluarkan sebentar tadi. Mangsa cedera parah di kaki telah dihantar ke PPUM.


Dalam kenyataan SP Setia berkata, jejantas tersebut masih dalam pembinaan dan pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan hospital untuk menyelia keadaan. 

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut yang dapat diberikan berikutan kejadian itu masih dalam siasatan.  - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.