Jika sebelum ini pelakon Zul Yahya
lebih banyak menghabiskan masa dengan dunia seni, kini penghijrahan
beliau mendekati agama telah menarik minat orang ramai selain turut
diundang memberikan kuliah.
Melalui
video penuh yang dikongsikan oleh Facebook Audiokuliah, Zul berkongsi
kisah sebelum dan selepas penghijrahannya dan ternyata perkara tersebut
disambut baik oleh peminatnya. Malah para peminatnya turut mendoakan
agar perubahan Zul ini akan terus kekal.
Apa
yang berlaku di sekeliling kita, apabila saya berubah, saya tahu dah
apa yang berlaku di sekeliling ketika ini adalah salah kita. Salah kita
sebab kita tidak bersatu di dalam agama Allah, kita tidak bersatu
tentang agama Allah SWT, jelasnya.
Selain
Zul, sebelum ini Saiful Apek juga menjelaskan bahawa dia turut diundang
menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di
sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakan perkara yang disampaikan mereka adalah
datangnya dari perkongsian hidup sebelum dan selepas mendalami agama
Islam. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :