Dalam video tersebut, wanita itu memotong rambut anak perempuannya sebagai hukuman kerana membuli seorang pesakit kanser yang juga botak kepalanya.
Remaja berkenaan duduk dan menjerit sambil menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan sementara ibunya memotong dan membuang rambutnya ke lantai.
Video tersebut viral di media sosial dengan kapsyen, "Gadis ini membuli rakan sekolahnya yang juga seorang pesakit kanser. Jadi si ibu beri hukuman memotong rambutnya sebagai pengajaran."
Namun terdapat juga dakwaan bahawa video tersebut merupakan video lama yang pernah viral kononnya gadis itu dihukum kerana memuat naik gambar bogel di media sosial.
Si ibu dan anak bercakap dalam bahasa Portugis, namun tidak dinyatakan tempat di mana kejadian tersebut berlaku.
Tindakan si ibu terbabit mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap hukuman yang diberikan agak keterlaluan.
"Ini sudah melampau. Ibu bapa sepatutnya berhenti memuat naik video yang memalukan anak mereka di internet," kata netizen. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :