Duterte berkata, jika rakyat Filipina di luar negara menaiki kapal terbang pulang ke tanah air dan dihampiri oleh pegawai kastam yang meminta rasuah, mereka diberi kebenaran untuk menampar pegawai terbabit.
Malah Duterte menegaskan bahawa kenyataannya itu bukan satu gurauan semata-mata. Ini kerana beliau sangat membenci pegawai kerajaan yang mengamalkan rasuah.
"Selagi saya masih menjadi presiden Filipina, rakyat berhak untuk mempertahankan hak mereka.
"Selain menampar pegawai kerajaan yang meminta rasuah, anda juga boleh menjerit bagi menarik perhatian pihak media yang berada di lapangan terbang dan buat laporan polis," katanya.
Kenyataan Duterte itu disiarkan di stesen televisyen negara itu, mencetuskan pelbagai reaksi rakyatnya.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membuat laporan polis sekiranya berlakunya aktiviti tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Sebelum ini, Duterte pernah berikrar mahu menghapuskan 100,000 penagih/pengedar dadah dan mengenakan larangan merokok di tempat awam yang menimbulkan pelbagai reaksi positif rakyatnya. Bagaimanapun tindakannya itu tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin negara barat yang menganggap Duterte mencabuli hak asasi manusia. - The Reporter

LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :