(Gambar kecil) Kaede dan kakaknya, Sakurako Hagi |
Ramai yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan kesan di minda.
Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10.
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya.
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, "Mama! Mama!" sehingga lewat malam.
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.
Ketika ditahan, Sanae berkata, "Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka," katanya.
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.
Tontonlah filem ini jika anda mempunyai kekuatan untuk menontonnya. Jika sebaliknya, abaikan saja. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :