PUCHONG - Suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara pada 5 Oktober lalu, telah ditahan di rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, semalam, lapor Harian Metro.
Mohd Nur Aman Ibrahim, 17, yang diburu kerana terbabit dalam kes rompakan bersenjatakan parang pada kejadian awal pagi itu, ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah Serdang, jam 10 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek di rumahnya di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong dan diserahkan kepada IPD Petaling jaya untuk siasatan lanjut
Menurut sumber, suspek yang berumur 17 tahun ini menjadi begitu kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, terlibat dengan dadah dan beberapa faktor sekeliling sehingga memusnahkan masa depannya. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :