
Masa
jadi wartawan jenayah dulu, saya bersahabat dengan seorang pegawai
penjara yang ada 'tugas tambahan' iaitu, Tukang Gantung.
Besar
orangnya, misai tebal. Katanya, bukan senang nak mengisi jawatan ini
kerana pelbagai faktor diambil kira termasuk latar belakang dan sejarah
kewangan pemohonnya.
"Hah? Sejarah kewangan?"
"Ya!" kata pegawai tadi.
Memang
sudah menjadi tradisi Jabatan Penjara tidak akan mengambil pegawainya
yang banyak hutang untuk mengisi jawatan Tukang Sebat atau Tukang
Gantung.
"Nak sebat orang dan nak gantung orang perlulah profesional. Ia tidak boleh dipengaruhi emosi dan masalah peribadi," katanya.
Okay, kemudian saya pun bertanya pada pegawai tadi.
"Ramai tak yang memohon jadi Tukang Gantung?"
Jawabnya,
tak ramai kerana perkara yang paling menakutkan selepas menggantung
pesalah ialah, di saat hendak melonggarkan tali gantung itu dari leher
si mati selepas hukuman dijalankan.
"Masa
nak melonggarkan tali gantung itu, selalunya mayat akan 'sendawa'. Akan
ada bunyi seperti, 'Errkk!' keluar dari mulutnya. Kalau tak biasa,
confirm kita akan lari tak cuku ptanah.
"Sebenarnya, bukan sendawa dalam erti kata yang sebenarnya, tetapi ia adalah angin yang keluar dari tubuh si mati," katanya.
Saya
juga bertanya kepada pegawai tadi, berapa lama si pesalah ini akan
'menggelupur' tercekik sebelu meninggal dunia. Katanyaa, sebenarnya
punca kematian pesalah yang digantung bukan kerana tercekik seperti yang
difikirkan semua orang. Sebaliknya, punca kematian adalah kerana tulang
lehernya patah, bukan kerana jerutan tali gantung itu.
"Selepas
platform itu terbuka, pesalah akan jatuh ke bawah dan tali gantung akan
menyebabkan tulang lehernya patah, sekali gus menyebabkan pesalah itu
mati dan ia hanya mengambil masa beberapa saat untuk dia menemui ajal.
Leher pesalah juga tidak akan luka kerana tali itu dibalut dengan kulit.
Lebam itu, adalah.
"Lagi
satu kena ingat, pesalah yang telah menjalani hukuman mati ini tidak
perlu dibedah siasat (post mortem). Keluarga atau waris sudah boleh
terus menuntut. Kalau tiada, kita sendiri uruskan pengkebumiannya," kata
pegawai berkenaan.
Mengenai
makan terakhir untuk pesalah, pegawai itu berkata, memang Jabatan
Penjara akan cuba sedaya mungkin memenuhi permintaannya. Walaupun
adakalanya lebih dari RM7.50 (kos yang ditetapkan). Tetapi kalau pesalah
itu teringin sangat, pihak penjara tetap akan cuba memenuhi pesalah
berkenaan.
"Selalunya
mereka dah tak lalu nak order apa dah. Banduan Islam pula selalunya
sudah mula berpuasa," kata pegawai yang bukan beragama Islam itu.
Saya
juga tela hdiberi peluang untuk masuk ke sel Banduan Akhir di Penjara
Kajang. Biliknya luas, bersih tetapi sunyi. Banduan Akhir ini dikenali
sebagai BA. Tetapi di kalangan banduan ia dikenali sebagai Banduan
Agong. Ini kerana mereka diberi banyak keistimewaan termasuk tidak perlu
bekerja seperti mana banduan lain. Malah, setiap banduan tanpa mengira
agama diberi peluang untuk belajar agama mengikut kepercayaan
masing-masing.
Saya
pernah bertanya pada pegawai itu, apakah benar ada cakap-cakap orang di
luar sana kononnya ada banduan yang pernah digantung tetapi tidak mati
sehingga terpaksa digantung untuk kali kedua.
"Kalau
dengar cakap orang di luar sana, ada 1,001 cerita yang karut marut.
Setakat ini, sebut saja siapa penjenayah terkenal atau kononnya hebat.
Semua yang saya gantung mati 'sekali jalan'. Memang boleh ketawa kalau
dengar cakap orang," katanya sambil tersenyum.
Beliau kemudiannya mempelawa saya untuk melihat Bilik Gantung. Saya menolaknya dengan baik.
"Jangan risau Encik Syahril. Kalau pun encik nak tengok, saya tak akan bagi kecuali encik sendiri 'masuk senarai'. Hehehe!"
Saya hanya tersenyum. Ngeri pula lawak mamat ini, huh! - Credit Tuan Syahril A Kadir
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :