Umum

Satelit NASA secara x sengaja merakam satu bentuk seperti jambatan misteri yang menghubungkan India dan Sri Lanka. Hasil kajian lanjut lebih mengejutkan lagi. Usia jambatan tersebut adalah....................... Memang mcm x masuk akal. Ada gambar2 juga.

Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri Lanka.

1
Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.
Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai ‘Adam Bridge’.
Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.
2

Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut, mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang dikenali sebagai Jambatan Rama.
Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.
3

Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.
Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!
4

Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.
Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.
5

Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar sebagai Out of Place Artifact (OOPART).
Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.

Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan sejarah, masa dan teori kewujudan. KREDIT OHMYMEDIA.




SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.