Sensasi

Sakit Telinga Bayi Boleh Membawa Lumpuh


Ramai kanak-kanak terutama yang berusia satu tahun ke bawah mengalami jangkitan kuman pada telinga tanpa disedari oleh ibu bapa. Jangkitan kuman pada telinga yang tidak dirawat dengan betul dan sempurna adalah berbahaya. Anak kita boleh kehilangan deria pendengaran dan boleh menyebabkan kelumpuhan. 

Ini disebabkan deria pendengaran kita sangat dekat dengan bahagian otak. Mereka lebih mudah mendapat jangkitan kuman pada telinga kerana saluran telinga mereka lebih pendek dan sempit. Oleh itu ia mudah memerangkap cecair dan mereka lebih berisiko dari orang dewasa kerana saluran telinga mereka lebih besar dan panjang. 

Kanak-kanak terutamanya bayi tidak dapat memberitahu ibu bapa mereka kerana mereka tidak mampu untuk berkomunikasi dengan kita. Oleh itu, ibu bapa harus memberikan perhatian jika mendapati anak meragam dan tidak diketahui puncanya. 

Antara tanda-tanda jangkitan kuman pada telinga anak kita ialah:
  1. Demam
  2. Merengek dan sukar dipujuk
  3. Sukar untuk tidur
  4. Selalu menyentuh telinga
Oleh itu, bagi bayi atau kanak-kanak begini, pemeriksaan otoscope (untuk melihat ke dalam telinga) adalah wajib dilakukan bagi melihat jika ada jangkitan kuman. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.