Menurut individu yang memuat naik video dan gambar berkenaan, Ahmad Faizal Padzil, restoran berkenaan diberi pengiktirafan tahap kebersihan A. Namun, hidangan yang dipesan oleh pelanggan, Izan Mikail Mahmud, pula menunjukkan sebaliknya.
"Diiktiraf kedai gred A katanya. Sekarang macam mana nak cerita? Orang Putrajaya, take noted! Benda ini bukan main-main. Selepas ini kalau nak makan, rajin-rajinlah belek lauk pauk di kedai mamak itu dulu ye," kata Ahmad Faizal Padzil.
Bagi Izan Mikail Mahmud, apa yang berlaku itu adalah sebagai pengajaran bagi dirinya agar tidak memandang pada bentuk paras rupa kedai dan gred A yang diberikan.
"Pengajaran untuk hari ini, jangan dipandang pada bentuk paras rupa kedai dan gred A kedai. Sekali saya makan, ayam ada ulat.
"Kepada kawan-kawan yang berniaga kedai makan, sila jaga kebersihan kedai," katanya. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :