Sensasi

'Penalti Dikenakan Bagi Membendung Kegiatan Manipulasi Kad Transit Tol' - PLUS


PUTRAJAYA - Susulan viralnya aduan Damar Wulan, Ahad lalu yang mendakwa dia dikenakan caj RM9.40 kerana berada terlalu lama di RnR, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) tampil memberikan penjelasan. 

Artikel berkaitan:
Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh yang ditetapkan atau 'Long Journey Time' (LJT) yang dilaksanakan merupakan salah satu daripada langkah yang terpaksa diambil bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS. 

Berdasarkan pemantauan dan kajian PLUS, kegiatan itu sering dilakukan oleh sesetengah penggunanya yang tidak bertanggungjawab. Antara taktik yang digunakan ialah, menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya. 

"Berdasarkan rekod kami, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun. Justeru bagi membendung kegiatan itu, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar daripada lebuh raya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atua pengiraan yang telah ditetapkan," kata kenyataan media yang disiarkan PLUS, semalam. 

Bagaimanapun, PLUS menegaskan bahawa penalti LJT itu hanya boleh dikenakan sekiranya pengguna gagal memberikan alasan/bukti yang munasabah apabila melebih tempoh perjalanan yang telah ditetapkan.

"PLUS mempunya rekod tentang semua kejadian kesesakan, kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya, kemalangan, kerosakan kenderaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuh raya. 

"Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT dikenakan," jelas kenyataan itu. 

Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut sekiranya pengguna dapat mengemukakan bukti yang kukuh. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.