
Mohamed
Danish Hakim, 13, iaitu anak sulung Norman Hakim dengan bekas isterinya
Abby Abadi, telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, sejak lima hari
lalu apabila mengalami bengkak di siku kirinya sejak minggu lalu.
“Saya
minta semua doakan yang baik-baik saja untuk keluarga kami.
Insya-Allah, semuanya okay,” kata pelakon Norman mengenai keadaan
kesihatan anaknya itu.

Norman
berkata, Danish kini masih dalam pengawasan doktor dan mereka masih
menunggu keputusan ujian yang dilakukan doktor sebelum ini.
“Siku Danish masih bengkak dan kita belum tahu apa puncanya lagi,” jelasnya.
Sementara
itu, Abby menerusi laman Instagramnya memuatnaik status dengan mendakwa
Danish tidak pernah sakit sejak dilahirkan dan terkejut apabila
tiba-tiba anaknya itu memaklumkan tangannya sakit hingga terpaksa
dimasukkan ke hospital.

Abby
turut mendakwa dia dimaklumkan doktor, Danish mengalami ketumbuhan
dalam saluran darah dan jika tidak dirawat boleh merebak menjadi kanser.
Dalam status yang sama, Abby turut menulis hashtag
#TibaTibaRasaNakFightHakUntukAnakAnak, #UntukMasaDepanDorang dan
#TerlambatkahAku.
“Sejak
lahir tak pernah sakit… tiba-tiba baru ni dia bagitahu tangan dia
sakit. Tiba-tiba bengkak, ingatkan bengkak biasa-biasa je. Terpaksa
masuk hospital. Scan, buat MRI, MRA… baru tahu Danish sakit apa. Ada
ketumbuhan dalam saluran darah dia.
“Mmmmmm… Terpaksa bercuti panjang untuk buat rawatan. Doc kata sakit Danish ni bahaya. Kalau dibiarkan boleh jadi kanser.

“3
hari di KPJ. Esok nak kena refer ke hospital lain pula (Tak dapat nak
share kat sini). Doakan untuk Danish ye. Doakan Mamanya kuat juga untuk
uruskan anak3 yang ada ni,” ujar Abby di IGnya.
Norman ketika ditanya mengenai status bekas isterinya itu enggan mengulas lanjut.
“Ada banyak hashtag dia (Abby) sebelum ini dan bukan itu saja,” katanya.
Selain Danish, Norman dan Abby turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Marissan Dania Hakim, 11, dan Maria Danisha Hakim, 8.
Sumber asal: myartis.com
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :