Nora Luah Rasa Terkilan Apabila Suami Tak Beri Sokongan Masuk Gegar Vaganza
Salah seorang peserta Gegar Vaganza iaitu Nora telah meluahkan perasaannya terhadap suami di laman sosial FB.
Nora ternyata terkilan apabila suaminya iaitu Johan Nawawi tidak begitu memberikan sokongan apabila dia menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).
Ini komen Nora: (BHarian)
SUAMI SIBUK
"Saya faham, suami terlalu sibuk. Mungkin juga kerana sudah terbiasa melihat saya bekerja keras sepanjang menjadi penyanyi, jadi tiada yang berbeza pada matanya apabila saya menyertai GV3.
"Suami beranggapan setiap persediaan yang dibuat sama seperti persembahan biasa lain.
PERLU SOKONGAN MENTAL FIZIKAL
"Saya sempat menegurnya dan memberitahu, menyertai program realiti membabitkan penyanyi profesional adalah perjuangan besar.
"Sebagai isteri, saya memerlukan sokongan penuh suami untuk terus bertahan mental dan fizikal mengharungi pertandingan ini.
"Jiwa orang seni agak sensitif, jadi saya perlukan sokongan moral yang sangat tinggi untuk terus kental selagi bertahan,"
LATIHAN VOKAL
"Bagi memantapkan nyanyian, saya fokus kepada latihan vokal dan memastikan rehat yang cukup. Selain, itu, pengambian makanan tambahan juga penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit.
"Saya pula terlebih menerima tawaran menjayakan beberapa persembahan nyanyian sebelum GV3, jadi saya perlu laksanakan tugas itu dengan baik.
"Ketika ini, jadual harian saya begitu padat tetapi Alhamdulillah, saya mampu melakukannya dengan baik,"
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :