Artikel berkaitan:
Menjawab pada pertanyaan netizen, Zoul Eussuff, berhubung dakwaan tersebut, Maybank melalui Facebook memberi penjelasan berikut:
"Tiada aduan yang telah dilakukan berkaitan ini. Kami juga inin maklumkan, sekiranya berlaku di mana butir-butir keselamatan kad tanpa sentuh dibaca oleh penipu melalui pembaca tanpa sentuh yang berhampiran dengan poket atau dompet anda, terdapat ciri-ciri perlindungan yang akan mengelakkan penggunaan butiran keselamatan kad tanpa kebenaran dari kad yang dipintas.
"Setiap transaksi tanpa sentuh terdapat satu kod unik yang berubah dengan setiap pembelian di mana ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dan dijana oleh cip dalam kad tanpa sentuh yang asal serta untuk menghalang kad palsu dihasilkan dari butiran keselamatan kad yang dipintas.
"Sekiranya berlaku penipuan, anda tidak akan bertanggungjawab ke atas penggunaan ciri-ciri tanpa sentuh pada kad cip anda untuk caj penipuan atau pembelian yang tidak dibenarkan. Anda mesti memaklumkan kami dengan segera bagi mengelakkan penggunaan kad yang tidak dibenarkan atau aktiviti yang mencurigakan," katanya dalam mesej tersebut.
Semoga penjelasan dari pihak Maybank ini memuaskan hati dan mengembalikan keyakinan pengguna untuk menukar kad bank lama kepada kad Paywave yang bakal digunakan sepenuhnya mulai 2017. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :