Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyifatkan tindakan berkenaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku dalam negara ini yang mengamalkan demokrasi.
Peserta #konvoibersih5 yang ingin pulang dikasari segerombolan UMNO.Dibaling telur & botol, ditolak, ditendang dan dirosakkan motosikalnya. http://pic.twitter.com/hS1bUtQIeA— BERSIH 2.0 (@bersih2) October 8, 2016
“(Insiden) ini kita tidak boleh terima. Sesiapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam dan saya harap polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada perlawanan akhir Cabaran Badminton Asics di sini, hari ini.
Seorang pemuda bermotosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5.0, dilaporkan telah diserang oleh segelintir penyokong anggota Gerakan Baju Merah ketika melalui satu kawasan di Sabak Bernam yang menjadi viral di laman sosial. — Bernama
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :