Sensasi

Ini Reaksi Dato Vida Apabila Didakwa Kerana Gagal Bayar Gst Rm4 Juta


JUTAWAN kosmetik yang popular dengan tagline, ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih’, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh kerana kegagalan mengemukakan penyata seta gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Memetik Malay Mail Online (MMO), Vida akan didakwa di atas tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang melibatkan jumlah hampir RM4 juta.

Menurut posting terbaharu di Instagram miliknya, Vida memuat naik video berdoa dalam kereta menuju ke mahkamah beserta kapsyen berdoa kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusannya hari ini.

“Ya Allah, mudahkan segala urusanku, hanya Engkau yang memahami, maha mendengar, setiap ujian adalah rahmat untuk mengecap nikmat,” tulisnya.

Sebelum ini Vida pernah ditimpa kontroversi apabila dua produk kesihatan jenama Qu Puteh ditarik balik dari pasaran selepas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi bahan berbahaya merkuri. – MYNEWSHUB.CC


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.