Sensasi

Hot 12 foto terkini Nad Zainal tayang baby bump yang makin sarat untuk peminat,,, lihat foto no5 tu.. mak aihh

uu.PNG

PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal mengakui berasa gementar menantikan saat-saat kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada Oktober depan.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, perasaan itu timbul apabila mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak kerana ada di antaranya mengalami pengalaman menakutkan.

“Sekarang kandungan sudah masuk lapan bulan dan pada tahap ini perasaan gementar dan takut itu mula timbul.
Baca artikel penuh, tekan read more / sumber.

“Rasa takut untuk melahirkan anak itu memang ada apatah lagi selepas mendengar pengalaman rakan-rakan sebelum ini.

“Bagaimanapun perasaan itu mungkin hanya sementara kerana ini adalah pengalaman pertama saya,” katanya kepada mStar Online.

Nad ditemui pada malam tayangan perdana filem Juvana 3 yang diadakan di E@Curve di sini, Isnin lalu.

Filem arahan Faisal Ishak itu turut menampilkan Johan As’ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz dan Hasnul Rahmat.


Nad tampil dengan filem terbaharu Juvana 3.
Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 29 September ini.

Dalam pada itu, Nad berkata, semua kelengkapan asas untuk menyambut bayinya itu sudah pun disiapkan dan mengakui tidak sabar untuk bergelar ibu.

Kata Nad, dia kini banyak menghabiskan masa dengan membaca tentang teknik keibubapaan selain banyak mendapat maklumat daripada ibunya sendiri dan ibu mertua.

“Insya-Allah saya akan melahirkan bayi lelaki dan persiapan semua sudah pun dibuat untuk menyambut kelahirannya.

“Perasaan teruja menanti kelahirannya memang terasa dan berharap semuanya dipermudahkan nanti.

“Saya pun sekarang banyak membaca sebagai persediaan bergelar ibu dan keluarga suami juga banyak membantu dalam memberikan info berguna,” ujarnya.

Sementara itu, Nad berkata, dia memilih untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya sendiri.

Kata Nad, kedua-dua rumah ibu dan ibu mertuanya mempunyai kucing jadi ia tidak begitu sesuai dia berada di rumah mereka.

“Rasanya tiada masalah saya berpantang di rumah sendiri kerana kediaman ibu dan ibu mertua pun tidak jauh jadi mereka boleh bergilir-gilir datang melawat saya nanti,” katanya.

Tambah Nad, dia merancang untuk berehat seketika selepas bersalin dan hanya akan kembali aktif pada tahun hadapan.
OK.PNG
FF.PNG
FFF.PNG
FFFF.PNG
FFFFF.PNG

FFFFFF.PNG


SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.