Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, dugaan
tersebut adalah tiket kejayaan buat dirinya sebagai pemilik empayar
perniagaan yang dikenali.
BILA DAH SENANG, BANYAK YANG PAHIT DATUK SERI VIDA
Ujian hidup, bukan senang nak senang, bila dah senang banyak yang pahit,
jawabnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Astro Gempak.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Terdahulu menerusi laporan Astro Awani, Datuk Seri Vida didakwa ke atas
16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan
(GST) 2014 kerana gagal membayar cukai.
Datuk Seri Vida juga dikatakan gagal membayar cukai genap masa dalam
tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.
Pengasas kosmetik itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di
hadapan hakim Murtazadi Amran.
Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi
setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan
pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan
hasil negara.
Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran
merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana
tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta
bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :