Sejak
Azmi Hatta bercerai dengan Elly Mazlein, saban hari penyanyi wanita itu
membongkar satu demi satu sikap buruk Azmi kepada umum. Malah, Elly ada
menyindir Azmi menerusi beberapa hashtag di Instagram.
Perbuatan
Elly itu nyata memberikan kesan terhadap Azmi, apabila pengarah itu
sering dikecam oleh masyarakat dan dilabelkan sebagai bapa tidak
bertanggungjawab.
Tidak
tahan dengan segala tomahan dan tuduhan dibuat oleh bekas isterinya
itu, Azmi hari ini mendedahkan setiap butiran mengenai penceraian
mereka. Menurut Azmi, sikap cemburu buta Elly yang terlampau membuatkan
beliau berubah hati dan memilih jalan untuk berpisah.
Elly
pernah menyerang Azmi di lokasi penggambaran drama dan menuduh beliau
berlaku curang dengan pelakon yang membintangi drama arahannya.
Elly
seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta
lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku
curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya. Hampir semua projek
drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak
perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.
Sehingga
sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan
Nelydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama.
Mereka
juga kerap bertengkar dan Elly turut melemparkan kata-kata kesat
terhadap Azmi. Bukan itu sahaja, Azmi memberitahu Elly juga pernah
bertindak ganas dan menumbuk serta menerajang beliau.
Kami
tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya
sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).
Baju
saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai
tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di
lokasi semata-mata cemburukan Nelydia.
Bapa
Elly jugalah yang mencadangkan mereka untuk membawa haluan
masing-masing kerana merasakan ia adalah keputusan terbaik buat beliau
dan Elly pada waktu tersebut.
Bapa
Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami
berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil
kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya
jarang berhubung dengan Elly.
Berbicara
mengenai anak mereka Putri Sarah Sefhia, Azmi hanya akan bertemu anak
perempuannya itu sekiranya Elly sudah berubah sikap dan tidak lagi
mencetuskan provokasi.
Azmi
dalam sidang media yang diadakan petang tadi di Taman Tasik Titiwangsa
turut menunjukkan akuan bersumpah mengenai masalah rumah tangganya
dengan Elly.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015.
Sumber Berita : mStar Online
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :