Sensasi

'Duduk Berjam-jam Di Hospital Kerajaan, Penat!'



Semalam aku pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab kena refer dari Klinik Kesihatan (KK). Disebabkan menstrual cycle tak teratur, doktor KK terus rujuk aku ke Obstetrics and Gynaecology (O&G) HKL. Mens saja kot, refer hospital terus? Pergh. 

Semalam adalah first visit aku. Disebabkan aku tinggal di area Ampang dan hanya orang Ampang saja yang tahu kalau hujan, jalan sesak macam mana. Waze pun cakap aku sampai lambat 30 minit dari waktu appoinment aku. 

Terus call O&G nak maklumkan yang aku datang lewat sikit. Nurse yang menjawab panggilan itu ketawa. 

"Tak apa, jangan tak datang sudah. Jangan risau ya?" katanya.

Baik weh! 

Dah sampai sana, seperti biasa memang umat manusia ramai gila. Aku pun tunggu dengan sabarnya dan tahu diri sendiri pun bersalah datang lambat. Aku tak duduk, lagi prefer bagi tempat duduk kepada ibu mengandung. Dah nama O&G kan, ramailah ibu mengandung. 

40 minit menunggu, saringan check blood pressure pun belum panggil lagi. Terus tanya kaunter pendaftaran. 

"Ada masalah ke? 40 minit menunggu, walhal ada appointment," soal aku. 

"First visit ke puan? Kalau first, memang ambil masa sikit sebab hari ini memang ramai first visit," jawab nurse dengan lembut. 

Iman dari nipis terus tebal balik. Mana tidaknya. 
  • Panggil public dekat kaunter pendaftaran - Jerit
  • Panggil public dekat kaunter temujanji - Jerit
  • Panggil public dekat kaunter saringan - Jerit

Kalau ada 200 orang datang, semua nak kena jerit, tak ada mic, kau rasa hilang tak suara? Penat tak? Tetapi pertanyaan aku masih lagi dijawab dengan sopan. Tergamak kau nak marah? 

Bla jumpa Doktor Nur Liyana Mohd Arshad, aku kena buat:
  • Pelvic scan
  • Urine test
  • Pap smear
  • Transvaginal ultrasound
  • Diarahkan makan ubat dan kena jumpa on 2nd and 21st day of menstrual buat test. 
  • Blood test untuk kencing manis
  • Blood test untuk thyroid

Urusan aku lama, dari jam 9 pagi - 1.30 petang. Penat, aku tak tipu, memang penat. Suami aku yang demam sampai tertidur. Dari sepenuh-penuhnya umat sampailah kosong dan gelap O&G itu. Bila pergi ke kaunter pembayaran, dia cakap,

"Ini first visit kan? Tak perlu bayar, selepas ini kalau kena bayar pun RM5. Kalau check HRMIS, ada nama, Free of Charge,"

Tak perlu bayar? Empat test aku kena buat dengan ubat lagi, tak perlu bayar? Semalam suami aku pergi klinik swasta. Suami demam dan dicaj RM100. Jadi, nikmat apa lagi yang kau dustakan?

Hospital kerajaan lembab? Kalau poket kau tebal, silakan pergi ke hospital swasta. 

Misi kurang ajar? Aku tak rasa diorang akan kurang ajar kalau kau tak mulakan dulu. 

Misi marah? Nama atau nombor kau dah dipanggil 2,000 kali, siapa yang tak marah? Bila suruh makan ubat ikut waktu tapi tak dengar, siapa tak marah? 

Aku cuma nak cakap, terima kasih. Keep it up your good work HKL. 

Aku cuma nak kongsikan realiti, bukan hendak merungut. Tunggu lama tetapi berbaloi. Doktor sangat teliti, semua test dia akan cuba buat demi kebaikan pesakit. Mereka buat test ini semua bukan suka-suka untuk menyusahkan pesakit, tetapi mereka ada sebab sendiri. Untuk rule out penyakit apa yang kita ada. Misi dan doktor sangat baik. 

Jadi sebagai pesakit, kita perlu bertolak ansur. Kalau rasa tak tahu apa yang berlaku, tanya. Kenapa kena tunggu lama, tanya. Kalau tak faham kenapa kena buat sekian test, tanya. InshaAllah mereka akan jawab. 

Kalau rasa misi/doktor moody, bersangka baik. Mungkin ada masalah rumahtangga. Mungkin kena marah dengan boss. Siapa tahu? Husnuzon please. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.