Sensasi

Diberikan lagu perawan atau janda : elly mazlein tidak anggap ia ada kaitan dengan kehidupannya

Penyertaan Elly Mazlein bagi musim ketiga Gegar Vaganza menjadi perbualan ramai apabila setiap minggu beliau diberikan lagu tugasan yang dianggap oleh netizen ada berkaitan dengan kehidupan beliau.


Namun, buat Elly beliau menerima sahaja setiap lagu yang diberikan tanpa prasangka dan menganggap ia sebagai satu cabaran buat beliau.
Kita tak boleh nak rasa sensitif dengan lagu yang diberi. Saya anggap semuanya adalah cabaran buat saya.
Walaubagaimanapun, Elly tidak menafikan lagu Berpisah Jua yang beliau nyanyikan pada hari Ahad (semalam) sama seperti apa yang berlaku padanya sekarang.
Bagaimanapun, tak dinafikan, lagu Berpisah Jua yang saya nyanyikan memang berlaku pada saya. Rasa seperti ditumbuk dan menyanyi depan cermin.
Minggu ini Elly diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu Perawan Atau Janda nyanyian asal Cita Citata.
Harapnya Elly dapat melakukan yang terbaik tanpa memikirkan percakapan orang ramai. Memang diakui kadang-kadang sesebuah lagu itu berkaitan dengan kehidupan kita.

Sumber Berita : BH ONLINE




SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.