Sensasi

Denda RM20,000 & Penjara 10 Tahun Menanti


PETALING JAYA - "Tidak pernah mendera anak. Ini kali pertama dia dirantai," kata wanita berusia 30 tahun itu selepas ditahan polis berikutan tindakan merantai anak perempuannya pada tiang lampu, lapor Harian Metro.

Pada hari kejadian, polis menerima laporan dari orang awam berhubung kejadian itu. Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa dikerumuni orang ramai dalam keadaan kaki dirantai.

Dalam 10 minit kemudian, ibu kanak-kanak itu muncul dan mengaku merantai anaknya kerana selalu enggan pergi ke sekolah. Tindakannya itu didakwa sebagai denda atas sikap anaknya.

Anggota polis kemudian meminta kunci rantai besi dari wanita itu dan membunka rantai pada kaki anaknya sebelum kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk disoal siasat. 

Polis mengambil keterangan dari wanita itu dan dibebaskan pada malam hari kejadian. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal. 

Jika didapati bersalah sengaja menyeksa anak perempuannya, wanita terbabit boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM20,000 dan penjara sehingga 10 tahun. 


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.