IKON
usahawan atau Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri
Kamarzaman melahirkan kebimbangan dengan keadaan ekonomi yang kian
menghimpit dari sehari ke sehari.
Kata Aliff yang dikenali dengan panggilan 'Datuk Terlajak Laris',
peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua
perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan.
Aliff yang meluahkan rasa menerusi Facebooknya turut mengakui
perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat
kenaikan kos sara hidup rakyat.
Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.
“Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.
“Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan
paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji
mereka jauh lebih tinggi,” katanya.
Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand
datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.
Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan
perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang
masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.
“Orang Malaysia bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf
seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi sehinggakan bila saya
memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis
dengan mengatakan saya hanya pekerja ladang.
“Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga kecil-kecilan,
sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih
ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang
akan membeli?,” soalnya.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :