SHAH ALAM - Tergamak seorang pengguna Instagram melemparkan kata-kata sedemikian pada lelaki ini hanya kerana wajahnya berbeza berbanding manusia normal.
Terkilan dengan hinaan seperti itu, Airliftz atau Muhammad, meluahkan rasa kecwanya di laman Instagram, cetus pelbagai reaksi netizen yang rata-rata melahirkan rasa simpati terhadapnya.
"Perkara seperti inilah yang membuatkan saya rasa saya bukan manusia dan inilah perkara yang saya terpaksa lalui sepanjang hari semenjak saya masih kecil.
"Mereka memanggil saya dengan pelbagai nama (ejekan), mengusik muka saya dan inilah antara sebabnya mengapa saya mahu mengubah wajah saya agar kelihatan normal seperti manusia lain.
"Tetapi saya bersyukur individu ini menyatakan betapa hodohnya saya dan saya perlu menerimanya kerana itulah hakikat sebenar. Kadang-kadang saya rasa saya membuatkan orang lain tidak selesa bila saya bersama dengan mereka dan saya minta maaf untuk itu.
"Saya tidak pernah percaya yang diri saya adalah manusia istimewa walaupun ramai yang berkata demikian, kerana saya tahu saya bukan. Dan saya minta maaf saya terpaksa meluahkan perkara ini di media sosial. Maafkan saya," katanya.
Luahan Airliftz itu bagaimanapun telah dipadamkan, namun sempat discreenshot dan disebarkan di laman Twitter. Meskipun dihina, Airliftz tetap tidak mendedahkan siapa individu tersebut. Ramai netizen yang mengunjungi Instagram Airliftz dan memberikan kata-kata semangat dan mengabaikan kata-kata mereka yang tidak membawa faedah itu.
Kepada golongan yang gemar menghina rupa bentuk orang lain terutamanya golongan OKU yang seringkali menjadi mangsa mereka, apakah anda fikir mereka ingin dilahirkan sebegitu rupa?
Di kala anda menghina mereka, mereka mungkin nampak tenang dan hanya membalas dengan senyuman. Tapi tahukah anda, mereka meluahkan rasa terkilan, sedih, malu dan kecewa itu apabila mereka bersendirian mengenangkan apa yang berlaku? - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :